SELAMAT DATANG
SELAMAT DATANG

Saturday 14 July 2012

Senamrobik 1M1S

Pada 10 Julai yang lalu, satu Program Senamrobik Serentak 1M1S telah diadakan di dataran perhimpunan SKLGM. Semua murid, guru dan staf telah terlibat dalam menjayakan program tersebut. 

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia dijadikan amalan di sekolah-sekolah bagi mencapai objektif berikut:
1. meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan
2. melibatkan penyertaan semua murid;
3. mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas;
4. mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul;
5. meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp;

Kesimpulannya, sempena Pelancaran Bulan Kecergasan Peringkat Kebangsaan KPM 2012, diharapkan dapat mengembalikan semula keaktifan aktiviti senamrobik di sekolah. Senamrobik ini juga diharapkan sebagai satu platform bagi warga pendidikan memulakan amalan atau budaya bersukan dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.











0 comments:

Post a Comment