SELAMAT DATANG
SELAMAT DATANG

Thursday 30 August 2012

Sambutan Merdeka Raya 2012


Pada bulan ini, terdapat 2 sambutan bersejarah yang tercatat di dalam kalendar rakyat Malaysia umumnya dan umat islam khususnya. Sambutan yang dimaksudkan ialah  Sambutan Kemerdekaan ke 55 Negara Malaysia dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Bersempena dengan itu, satu majlis telah dirancang diperingkat sekolah. Pada hari ini, semua murid dan guru hadir ke sekolah dengan berpakaian hari raya penuh warna warni. Tidak lupa juga, mereka turut membawa bekalan kuih muih hari raya untuk dijamu bersama. Setelah selesai berjamu selera, majlis di teruskan dengan Sambutan Kemerdekaan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Kuiz Kemerdekaan. Sebelum bersurai, semua guru dan murid dihiburkan dengan persembahan oleh murid-murid SKLGM dan acara penyampaian hadiah.












0 comments:

Post a Comment