SELAMAT DATANG
SELAMAT DATANG

Monday 24 September 2012

Pertandingan Pidato Peringkat Daerah Dungun

Semalam, 23 Sept 2012, satu pertandingan Pidato Peringkat Daerah Dungun telah diadakan bertempat di SK Padang Pulut. SKLGM turut mengambil bahagian apabila turut menghantar wakil bagi menyertai pertandingan tersebut. Bagi Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris diwakili oleh  Syazana bt Nazeri manakala Pertandingan Pidato Bahasa Melayu diwakili oleh  Nalisa bt Siden. Alhamdulillah, dengan bakat dan kesungguhan yang ada, Syazana berjaya mendapat tempat pertama manakala Nalisa di tempat kedua bagi kategori masing-masing. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua peserta tersebut. Tidak dilupakan sekalung tahniah diucapkan kepada guru pengiring yang berjaya membimbing kedua-dua peserta, iaitu Cikgu Rabiah bt. Ab Rashid dan Cikgu Salina bt. Abdullah. Semoga kejayaan ini dapat dikekalkan pada tahun-tahun akan datang.

0 comments:

Post a Comment